Memberi dan menjawab salam di antara sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang kecil, kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.
Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara:
1) Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam.
2) Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.
3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan “Alhamdulillah”, maka hendaklah kamu sambut dengan “Yarhamukallah”.
5) Apabila ia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya.
6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.
Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim…..ukhwah itu indah..”Binalah kasih sayang sesama insan demi kasih sayang Tuhan”.....(^_^)
0 comments:
Post a Comment