BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 23, 2009



There's lots of things

With which I'm blessed,

My problems have been few,

But of all, this one's the best:

To have a friend like you.

In times of trouble

Friends will say,

Just ask, I'll help you through it."

But you don't wait for me to ask,

You just get up and do it!

And I can think

of nothing more

That I could wisely do,

Than know a friend,

And be a friend,

And have a friend like you.


Tuesday, April 21, 2009

~Mula dengan Diri Kita~


Tatkala saya masih muda , bebas dan

imaginasi saya tidak terbatas,

saya berangan-angan untuk mengubah dunia.

Apabila saya semakin dewasa dan bijak, saya dapati

dunia tidak akan berubah, lantas saya kecilkan impian saya

dan saya bercadang untuk mengubah negara saya sahaja.

Tetapi ini juga nampaknya tidak mungkin dilaksanakan.

Apabila saya memasuki usia tua, dalam satu cubaan yang terdesak,

saya putuskan untuk hanya mengubah keluarga saya,

mereka-mereka yang terdekat dengan saya..tetapi malangnya,

tidak ada siapa pun yang ingin berubah.

Dan sekarang ketika saya terbaring di katil,

menunggu ajal, barulah saya sedar..

Jika hanya saya terlebih dahulu cuba mengubah

diri saya, pastinya dengan contoh teladan

itu akan dapat mengubah keluarga saya.

Daripada inspirasi dan dorongan mereka,

kemungkinan saya akan dapat megubah

negara saya, dan siapa tahu,

saya mungkin akan mengubah dunia..

Sunday, April 19, 2009

KUNCI KEJAYAAN DUNIAWI & UKHRAWI..


  • KUNCI SOLAT ialah TAHARAH
  • KUNCI IBADAH HAJI ialah IHRAM
  • KUNCI KEBAIKAN ialah BENAR
  • KUNCI SYURGA ialah TAUHID
  • KUNCI ILMU ialah BERTANYA & MENDENGAR
  • KUNCI KEMENANGAN ialah SABAR
  • KUNCI TAMBAHNYA NIKMAT ialah SYUKUR
  • KUNCI KESELAMATAN DUNIA AKHIRAT ialah TAQWA
  • KUNCI TERKABUL PERMINTAAN ialah DOA
  • KUNCI MAKSIAT ialah SOMBONG

Thursday, April 16, 2009

pErsaHabaTan..AntaRA seNyuman & kemAraHan..

antara senyuman dan kemarahan,
ada dua insan menjalin persahabatan.
Islam menjadi paksi penyatuan,
kemuliaan hati menjadi perjudian,
menjadi persoalan.
siapa kawan?
siapa lawan?
senyuman,
menyimpan kesusahan dan keresahan.
menipu mata membayangkan kebaikan.
mencari kebenaran yang hilang ditelan zaman.
kemarahan,
marak ditiup bisikan kejahatan.
padam kerana kawan.
bara menyala kerana ungkitan.
antara senyuman dan kemarahan,
mencipta persoalan dari pernyataan.
kesetiaan menjadi tuntutan,
siapa menang kerana tenang,
itulah persahabatan di hatinya ada senyuman
membawa sejuta suratan,
sejuta kemenangan.
ini pesan sumpah kawan kepada kawan,
selagi nyawa dikandung badan,
persahabatan mesti diteruskan..
kerana manusia menafikan kebenaran.

Tuesday, April 14, 2009

  • Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
  • Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
  • Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
  • Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
  • Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Jadi, janganlah sesekali kita menjadi lemah..wanita itu sebenarnya membuat seseorang lelaki itu lebih kuat..itulah salah satu sebab mangapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah...

wallahualam...






sAhaBat iTu...

Sahabat itu ibarat pantai dan lautan….
Tanpa pantai,laut pasti tiada penghujungnya…
Dan tanpa laut pula pantai tiada gunanya…
Jadi, itulah maksud sahabat…
So,hargailah persahabatan yang ada sekarang kerana anda pasti memerlukannya satu hari nanti…=)

Buatmu wanita solehah...


Kelembutan yang kau miliki bukanlah satu kelemahan,
tetapi, perhiasan yang menambah seri kecantikanmu,
janganlah biarkan dirimu ternoda dengan pujuk rayu,
kata-kata sang kumbang yang hanya menunggu waktu untuk
menghisap madu yang kau pertahankan.
Jagalah dirimu, pertahankn dirimu dengan duri yang kau miliki.
Janganlah kau sedih, gusar, gelisah jika dirimu belum
dimiliki oleh sang arjuna..
Tapi takutlah, risaulah andai dirimu belum mendapat cinta Allah
kerana cinta Ilahi membawa diri ke syurga hakiki…
Itu yang dicari-cari kerana dirimu hanya pinjaman.
Ingatlah akan seksaan Allah yang maha pedih.
Jadilah dirimu seperti MAWAR BERDURI…

Monday, April 13, 2009

ISTERI SOLEHAH



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(istri cerdik yang sholehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(istri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

KETAHUI TENTANG WANITA


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, April 7, 2009

~sEnyUm~


senyum seindah suria

yang membawa cahaya

senyumlah dari hati

duniamu berseri

senyum umpama titian

dalam kehidupan

kau tersenyum ku tersenyum

kemesraan menguntum

senyum..kepada semua

senyumanmu amatlah berharga

senyum..membahagiakan

dengan senyuman

terjalinlah ukhwah..