ada dua insan menjalin persahabatan.
Islam menjadi paksi penyatuan,
kemuliaan hati menjadi perjudian,
menjadi persoalan.
siapa kawan?
siapa lawan?
senyuman,
menyimpan kesusahan dan keresahan.
menipu mata membayangkan kebaikan.
mencari kebenaran yang hilang ditelan zaman.
kemarahan,
marak ditiup bisikan kejahatan.
padam kerana kawan.
bara menyala kerana ungkitan.
antara senyuman dan kemarahan,
mencipta persoalan dari pernyataan.
kesetiaan menjadi tuntutan,
siapa menang kerana tenang,
itulah persahabatan di hatinya ada senyuman
membawa sejuta suratan,
sejuta kemenangan.
ini pesan sumpah kawan kepada kawan,
selagi nyawa dikandung badan,
persahabatan mesti diteruskan..
kerana manusia menafikan kebenaran.
0 comments:
Post a Comment