BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 30, 2010

~Reunion 03-07~


~kami juara!=)


~twin211


~pulang


~antre yg hadir


~nyummy~

~medan ikn bakar


~ lwn bowling

Monday, June 28, 2010

~just for me??thnks!^_^


"this entry created special
4 sya only..hehe....
blur sedikit...
take it..=)"


salam...,thnks to acap!sngt2 terharu..terkejut pon ye..skenye..hehe...rjin2 la bg lg..huhu..

~first award!~..thnks cik dela=)

assalamualaikum..hye sume!pertame kalinye sya dpt award..thnks cik dela!aha....ade nk kne jwb nie..=)

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
thnks cik dela canntik manis cute!=)..kn ku ingt slalu..

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
~puterakuda~
~acap (capoeira beginner)~
~marsha (story og my chantique)~
~jerung darat (screaming free)~
~hamba Allah (life without Allah is meaningless)~
~ady (community thinking)~
~izzat naqib (tiadanya nilai ini,tnpaNya d cc)~
~mamaharith~
~camellia (bila aku ingin bersuara)~
~merdhieya~

3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni
semua name yg tertera di ats..^_^

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great
huhu..susahnye la nk jwb..tp kne jawab gak..ok2..act,biase2 je blog nie..utk isi mase terluang..slain tu utk kepuasan dri bile dpt share sumthing ngn sumone..hehe..xla..share ngn sume yg dtg ziarah ke blog nie..thnks ya!=)

p/s:thnks to all!

Thursday, June 24, 2010

Musuh vs Sahabat




"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.."
(Surah Fussilat:34)


~TIP MENOLAK PERMUSUHAN~

# maafkan,tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
# jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
# kenangkan detik-detik manis/kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu.
# muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
# Sedarlah! kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya...



p/s: moga entri kali ini serba sedikit dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita semua..wassalam..=)

Thursday, June 17, 2010

Seorang....



Wanita..bukan diciptakan dari kepala untuk dijunjung.Bukan pula diciptakan dari dari kaki untuk dipijak.tapi..wanita,diciptakan dari tulang rusuk lelaki..yang dekat di lengan untuk dilindungi..dan dekat di hati untuk dicintai..Wanita ibarat bunga..Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..yang kekal menjadi pujaan manusia,hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..kerana akhlak itu umpama bunga diri..tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu..ibarat bunga..ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..Ada pula yang kurang menarik dan baunya kurang menyenangkan..ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..tetapi bila dihalusi dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya..wanita,dengan kecantikanmu,engkau lebih elok daripada matahari..dengan akhlakmu engkau lebih wangi daripada haruman..dengan rendah hatimu engkau lebih tinggi dari rembulan..dengan kelembutanmu engkau lebih halus daripada rintik hujan..lembut wanita kerana senyumannya..cekal wanita kerana beraninya..patuh wanita kerana kesetiaannya..sabar wanita kerana imannya..kasih wanita kerana belaiannya..lemah wanita kerana air matanya..ikhlas wanita kerana simpatinya..pendam wanita kerana cemburunya..sayang wanita kerana sikap keibuannya..tanpa wanita lelaki menjadi lemah..kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah..mampukah aku menjadi wanita solehah??mati dlm keunggulan iman,bersinar harum tersebar,bagai wanginya pusara Masyitah.. wanita yang suci baik mendamaikan hati yang memandang..menyejukkan sanubari yang berdekatan..mendekatkan jiwa hamba pada Tuhan..akhlaknya indah..imannya terserlah..martabatnya ditinggikan Allah..auratnya untuk suami sang pejuang..cinta kasihnya pada lelaki halal yang bermaruah..lahir kerana RAHMATNYA..hidup keran CINTANYA..mati dlam REDHANYA..amin..insyaAllah..(^_^)

Bila bertemu sesama rakan…apa perlu buat????


Memberi dan menjawab salam di antara sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang kecil, kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.


Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam.

2) Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.

3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya.

4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan “Alhamdulillah”, maka hendaklah kamu sambut dengan “Yarhamukallah”.

5) Apabila ia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya.

6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim…..ukhwah itu indah..”Binalah kasih sayang sesama insan demi kasih sayang Tuhan”.....(^_^)



Wednesday, June 2, 2010

~inDahnya......


Lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi
lelaki dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati
yang takut pada Ilahi

~keBahagiaan daLam Perpisahan_shahir~

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti