Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati..
"kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Orang yang kaya hatinya sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan.. Dia sentiasa redha dan merasa puas atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan. Dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. Seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan...
0 comments:
Post a Comment