Zun-Nun Al- Misri
~Janganlah engkau membenci terhadap orang yang berbuat dosa. Kerana tidak mengetahui,mungkin sebelum meninggal dinia dia bertaubat kepada Allah dan diterima, maka dia menjadi orang yang tinggi darjatnya.
~Kiralah amal-amalmu sebelum engkau diperhitungkan di hari akhirat kelak.
~Dunia tidak ada gunanya jika menyebabkan seseorang lupa.
Malik Bin Dinar
~Janganlah engkau berteman dengan seseorang, yang sekiranya persahabatan itu tidak dapat menolongmu selepas mati kelak.
~Seseorang bertanyakan kepada Malik bin Dinar :"mengapa anda tidak tidur?" Dia menjawab :"Aku tidak tahu bila turunnya berkat ke atasku.Aku khuatir jika berkat itu turun ketika aku tidur, maka terlepaslah ia daripadaku".
Hasan Al-Basri
~Jangan tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan kepada musuh yang menggangumu, bahkan mereka itu menganggu Allah.
~Seseorang datang mengadu kepada hasa bahawa hatinya telah menjadi keras.Hasan berkata: "Hendaklah engkau selalu menghadiri majlis-majlis zikir dan menyantuni anak-anak yatim.
~Kubur adalah akhirat dunia dan permulaan akhirat.
0 comments:
Post a Comment