BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 4, 2009

~LeLaki YanG seJati~

LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi baHunya YanG kEkaR,
TetaPi KasiH saYangnYa kePada Orang diSekiTarnYa..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi suaRanYa YaNg LanTanG,
TetaPi daRi keLembuTannYa meNgaTaKan keBenaRan..
Lelaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi JumLah saHabaT di seKitaRnYa,
TetaPi daRi siKap berSahaBatnYa Pada GeneRasi Muda BanGsa..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi bagaiMana diA diHormaTi di tempat KerJa,
TetaPi baGaimaNa dia diHorMati Di daLam ruMah..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi keRasnYa pukuLAn,
TetaPi daRi siKap biJaknYa meMahaMi peRsoaLan..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi daDanYa YanG biDang,
TetaPi daRi HaTi YanG aDa dibaLik iTu..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi baNyaknYa waNita YanG meMuja,
TetaPi koMitmeNnya tErHaDap WaNiTa YanG dicinTainYa..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi JumLah TanGGungjaWab YanG dibeBanKan,
TetaPi daRi taBahnYa diA menGhadaPi Liku-Liku KeHiduPan..
LeLaki YanG seJati BukanLah diLihat daRi RaJinnYa memBaca KiTab suCi,
TetaPi daRi KonsistEnnYa diA menJaLankAn aPa YanG diBaca..

Thursday, December 3, 2009

~SAHABAT~


S = Setia
A = Amanah
H = Hemah
A = Akrab
B = Berbudi
A = AdiL
T = Tega

Friday, November 27, 2009

~KAKS~





"mayaw"



'WanTed'!!





pResenTation RP



masih sempat...hehe



aQsa's group



















Wednesday, November 25, 2009

KeKaYaaN....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, bahawa kekayaan itu bukanlah dicapai dengan banyaknya harta yang menimbun, tetapi ia dicapai dengan kayanya hati..
"kaya itu bukanlah diukur dengan banyaknya harta benda, akan tetapi kaya yang sebenarnya adalah kaya hati.." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Orang yang kaya hatinya sentiasa memiliki sifat qana'ah dengan menerima apa yang Allah berikan.. Dia sentiasa redha dan merasa puas atas usahanya. Tidak memiliki rasa tamak untuk mengejar sesuatu dengan berlebih-lebihan tanpa keperluan. Dan dia juga tidak rakus mengejar dunia serta tidak pula meminta-minta. Seolah-olah dia sentiasa memiliki kecukupan...

Thursday, September 24, 2009

seLamaT haRi rAye!!



assalamualaikum..rse2nye belum t'lmbt lg sye nk ucapkan slmt hr rye..slmt hr rye sume!!da bbrp hr kte tingglkn ramadhan kn...rndunye..ntah dpt lg ke x jmp ramadhan utk mse2 akn dtg..wallahualam..




Melangkah itu mudah..


Namun mencari arah itu yg terkadang payah..


Mencari jalan i2 mudah..


Namun memahami dstinasi i2 yg susah..


Menyusuri susur itu mudah..


Namun menuju noktah i2 pasti m'datangkan lelah..


Dalam semua ini..


menjaga istiqamah i2 paling susah..


payah dan lelah


Namun Dia amat faham,


bagi hambaNya..


Dia tidak meminta manusia m'jd yg t'baek..


hny perlu untuk melakukan yg terbaek..


meletakkan sandaran serta keyakinan..


penuh kepadaNya..


lantas nescaya Dia akan menguruskan


yg selebihnya...


Agar yg terbaek i2 m'jadi milik manusia!


Moga p'jalanan kt sentiasa


dlm lindungan dan perlindunganNya..




p/s: khas buat teman sekalian serta p'ingtn utk dri ini..=)






Saturday, August 22, 2009

TinGkaTan PuaSa..


3 Tingkat Puasa..
PUASA UMUM
- puasa kebanyakan umat islam yg sekadar mampu menghindarkan perut drpd makan,minum & menahan keinginan b'jimak
PUASA ISTIMEWA
- (puasa khusus) puasa yg dpt memelihara mata,telinga,lidah,tangan serta kaki drpd melakukn dosa slain menahan dri drpd p'kare2 d ats
PUASA PALING ISTIMEWA
- (puasa plg khusus) merangkumi puasa umum & puasa istimewa. Disempurnakan pula dngn puasa hati drpd semua keinginan lahir & batin. Inilah puasa tertinggi kedudukan d sisi Allah dan merupakan amln puasa para rasul,nabi,sahabat,para wali serta golongan ahli ibadah lain
p/s : "indahnya hidup bersyariat".. dimanakah kite??tepuk dada tny lah iman..=)

HiKmaH beRpUaSa..


Hikmah b'puasa & kelebihan Ramadhan

~ Kesatuan hati & niat tulus ikhlas ini d lakukn semate2 krn Allah

~ Menimbulkn rs keinsafan & perasaan b'timbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat isLam

~ Melahirkan jiwa insan yg slalu taat kpd Allah

~ Dari segi kesihatan,perut melalui proses b'puasa dpt d b'sihkan,skali gus bbrp penyakit yg t'dpt dLm tubuh bdn manusia dpt diatasi

~ Disifatkn oleh Rasulullah sbg separuh drpd kesabaran

~ Org yg b'puasa lbh d sayangi Allah,slmt drpd api neraka & m'hapuskn dosa2 kecil

~ Keistimewaanny krn d anjurkn ibadah solat tarawikh,d samping d wajibkn ke ats golongn yg mampu sbg satu kewajipan m'bantu insan musLim yg lain,khususny mreka yg daif

~ Diriwayatkn sbuah hadis drpd Nabi SAW : "sesiapa b'puasa ramadhan dngn pnuh keimanan,m'hrp blsn drpd Allah diampunkan dosa-dosany yg lalu"

~ Terbukanya pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka & dirantai syaitan

~ Malam Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan) - Al-Quran d trunkan dr langit ke dunia utk m'jadi pedoman manusia ke akhir zaman

~ Terdapatnya Lailatul Qadar - satu mlm yg pnuh keberkatan menyamai 1000 bln (83 thn 3 bln) ganjaran pahalanya drpd Allah SWT

p/s : " Indahnya Hidup Bersyariat "

Thursday, August 20, 2009

SeRing meRendaH DiRi...


Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima...

Seorang ahli hikmah berkata : Sifat orang yang mengenali Allah ada enam :

-jika ia ingat kepada Allah ia berbangga
-jika ingat kepada dirinya,ia merendah diri
-jika ia melihat ayat Allah (al-quran) ia mengambil iktibar
-jika ia ingin bermaksiat,ia menahan diri
-jika ingat kemaafan Allah ia gembira
-jika ia ingat dosanya,ia terus memohon keampunan Allah

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

-putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih
-menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah
-hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat
-percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada 2 jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan 3 syarat taubat iaitu:

-menyesal dalam hati
-niat tidak mengulangi kesalahan
-membaca istighfar dengan lidah

Sesiapa yang melakukan 3 syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardhu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardhu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu...



p/s: Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin (Berita Harian 19 ogos)



Monday, August 17, 2009

MESTICA-Rahmat ujian


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatiLah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai peLabagai tafsiran
SegaLa takdir
TerimaLah dengan hati terbuka
WaLau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kaLi ujian menjeLma
itu jeLasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar meLaLaikan
Hanya yang terpiLih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
BersyukurLah dan tabah menghadapi...

Hidayah ILahi

seDari duLu haTi ini pun mErinDu..aKan keTenanGan Jiwa ketEnteraman hiDup..Dimana Lagi aKan ku temu Erti seBuah Hidup..Ke mana aKan ku daPat cinta yang hakiki..TernYata datang SinaRan seiRing kesunGGuhan mencaRi jaLan..keBenaran jaLan keredHaan..Akan seLaLu ku sYukuri NikmaT yang diBeri..pEtunjUk hidayah suci..HambaKan meNgabdi..

Sunday, August 9, 2009

eNaM jAmiNaN..

"Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu,aku menjamin syurga untuk kamu.."

peRtama-Benar biLa berkata
keDua-MenepaTi Janji
keTiga-MenunaiKan Amanah
keEmpat-Pejamkanlah mata kamu dari yang ditegah
keLima-PeliharaLah faraj(kemaluan) kamu
keEnam-Tahanlah tangan kamu

(Riwayat imam Ahmad,Ibnu Hibban Al-Hakim & Al-Baihaqi)

KaWan TemAn SahaBat...




Friday, July 31, 2009

BeriTahu Padanya..


BeRitahu pAda MusLimah iTu
DiRinYa iBaRat KaCa,
DiSenTuh TerguRis,
DiHantUk sErpiH,
DiHemPap bErkeCai..

BeriTahu pAda MusLimah iTu
jaGa tUtur KatA,
caKap TinGGi naNti diBenCi,
tErLaLu rEnDah diPijaK puLa,
caKap sOmbOng mEnguNdanG Lawan,
Hati-Hati MeLuah KaTa,
kErana puLut saNtan biNasa,
keRana muLut badaN biNasa..

bEritAhu paDa mUsLimah itU,
Jaga TingKah Laku,
hArga Diri LetaKnya di Situ,
jAngan MeLuru iKut petUnJuk nafsu,
sesekaLi teRsiLap Langkah
DihukuM seLamaNya,
keTuruNan diCerca Payah,
menYesaL kemUdiAn Bukan FaeDah..

BeriTahu Pada MusLimah iTu,
Jaga PakaiaN,
ia CermiN peRibaDi,
jUga LamBang BangSa,
dimAna dan daLam keAdaan macam manapun,
biAr oRang keNaL..Dia oRang isLam..

beriTahu PadA musLimah iTu,
simPan seCebis MaLu,
keRana MaLu iTu,
seParuH dariPada iMan..


"CanTik WaNita kErana KejerNihan waJah..

mAnis WaniTa kErana SenYuman yang iNdaH..

Ayu WaniTa keRAna keseDerhaNaan LahiriaH..

HebAt WaniTa keRana kEimaNan yang TeGuH!"

Friday, July 24, 2009

foRum RemaJa:aKu diBiuS ciNta!


Doa untuk kekasih..
Ya Allah,jika hambaMu bercinta, cintakanlah
hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin,jika hambaMu jatuh hati,
izinkanlah ku menyentuh hati seseorang insan
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh diriku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Rabbana,jika hambaMu merindu, rindukanlah
diri ini pada seseorang yang merindui syahid di
jalan Mu..
Ya Allah,jika hambaMu menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan bermunajat di sepertiga
malam terakhirMu..
Ya Allah,jika hambaMu ini terjatuh hati pada
kekasihMu, janganlah biarkan diriku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepadaMu..


Pada 18 julai yang lalu,exco helwanis PMKI UDM telah menganjurkan forum remaja yang bertajuk “aku dibius cinta”..bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU). Bermula pada pukul 8.40 mlm selepas bacaan doa dan nasyid asma ul husna sehingga berakhir pada jam 11 mlm selepas sesi soal jawab. Sambutan sngt menggalakkan. Dimantapkan lagi dngn 3 ahli panel yg berpengalaman serta seorg moderator yg petah dan pandai menarik perhatian seisi dewan.


Antara topik-topik yang dibincangkan ialah maksud cinta dr sudut islam,cara memelihara cinta,menuju kebahagiaan,adkh b’kahwin i2 lbh baek smase bljr atau tidak,dan banyak lg topik yg dikupas.


Cinta i2 adlh tautan hati dngn hati..cinta i2 bkn d akal dan bkn juge tahu..ttpi cinta i2 adalh rase serta fitrah semulajadi..cinta i2 juge bkn matlamat ttpi wasilah..matlamat kite ialah hamba Allah.sbb 2 utk b’cinte islam wt guide line…firsly,cinta krn Allah. Ini penting utk m’hrp redha Allah. Cinta krn Allah juge d bhgikan kpd 2 iaitu mutlak (utk Allah) dan muqayyad (cinta dngn org lain tp d kaitkan dngn Allah). Selain i2,b’cinte n b’niat utk b’kahwin dan secare x lngsung mnyempurnakan utk jd hamba Allah. Ini b’dsrkan hadis Nabi “barang siapa yg b’kahwin maka dia telah menyempurnakan separuh drpd agamanya”. Cinta yg tulen adalah cinta selepas kahwin..hal ini kerana cinta sblm khwin adlh cinta penuh syahwat dan islam juge x m’isytihar ssuatu ikatan (llki+prmpuan) sblm b’kahwin!.


Selain itu, jngnlah lnggar p’aturan yg tlh d gariskan..(wajib,haram). Contohnye,xblh b’sentuhan,x blh duduk b’dua-duaan n sbgny.. “lbh baik tikam dngn jarum besi d kpalenye drpd die(llki) mnyentuh prpmpuan yang bkn mhrimnye”.. “barang siape yg cinte sungguh2,tp m’jge p’aturan agame,make jike die mati,mati dlm cinta,die d katekn sbg mati syahid”(hadis yg blh d ambil pngjrn)..


Care afdhal mmlihare cinta..*tentukan niat (utk m’dpt redha Allah)..kecantikan i2 adlh dr akhlak!..*p’lu m’jge harge dri (jngn t’lalu murah)..brg murah cpt rosak!..*p’lu m’jge keperibadian..*restu..*b’puase utk mnhn nafsu..*bertaubat!..sesiapa yng lbh kasihkan Allah,make dyelah yg lbh kasihkan pasangannya..cinte bkn simpati,cnte bkn utk sronok2!..yakin pd jodoh..(pikat dngn akhlak)..yakin janji Allah (kunci kehidupan)..cinta manusia adlh stitis lautan drpd cinta Allah!kasih i2 b’mule dr Allah..semailah benih-benih cinta untuk membuahkan hasil ke syurga..wallahualam…


p/s..renungan wt dri ini dan shbt2 sekalian..moge d p’mudahkan p’jlnn menuju keredhaanNya=)

Wednesday, July 15, 2009

PeRasMian KoNvoKesYen KaLi peRtAma..

we r the best!
bersama kwn2

sempat lagi tu..hehe




perwiraku!!

kuda ku lari gagah berani!!

antara persembahan team tea kwan do

wacchaa!!


Pada 12 julai yang lalu, telah berlangsungnya perasmian konvokesyen kali pertama..
perasmian ini telah disertai oleh 1800 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kokurikulum. Antara kelab yang terlibat adalah kelab rakan kaunselor,golf,kayak,badminton,iqra',futsal,bola sepak,takraw,bola jaring,equisterian dan lain-lain.
Dimulakan dngn nyanyian lgu negaraku dan diiringi oleh sekumpulan pancaragam sekolah.seterusnye tabik hormat drpd kor-suksis,PSTD dan equisterian team..strsnye persembahan dr pasukan silat dan team tea kwan do.
Perasmian bermula pada jam 5 ptg dan b'akhir pd jam 6.30 ptg..
akhr skali,acara melepaskan belon sbg gimik perasmian..
p/s...xingt plk siape nme perasminye..hrp maaf..hehe









keMpen 3K!

tekanan darah
jom kte cek darah jns ape!

suasana di tempat derma darah


Pada 9-11 julai 2009 yang lalu, telah diadakan Program Minggu Bersama Jawatankuasa Perumahan dan Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman C UDM (JPKP KKC) (blok A,B,C,D,E,F,G,H,I) iaitu kempen 3K (KEMPEN KESIHATAN, KEMPEN KEBERSIHAN DAN KEMPEN KEMANUSIAAN)..

Kempen 3K seperti kempen kesihatan diadakan pada 9 Julai 2009. Kempen ini bertempat di perkarangan café asrama baru bermula pada jam 9 pagi sehingga 4 petang. Antara agenda kempen kesihatan ini ialah pemeriksaan kesihatan dan pameran H1N1.
Keesokan harinya telah diadakan kempen kebersihan bertempat di sekitar kolej kediaman C. Antara aktiviti yang diadakan ialah bergotong-royong & membersihkan blok kediaman.
Seterusnya, pada 11 Julai 2009 pula, kempen kemanusiaan telah diadakan di perkarangan café asrama baru bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Antara agenda kempen ini ialah derma darah dan juga pemeriksaan kesihatan.
Sambutan kempen 3K ini telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang menetap di kolej kediaman C. Selain itu, antara objektif kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar selain dapat megeratkan silaturahim antara satu sama lain. Tahniah diucapkan kepada JPKP KKC kerana telah berjaya menganjurkan program ini.
p/s...sdeynye x dpt derma drh...






Friday, July 10, 2009

born on the year of Horse and he/she was born on the year of Horse

Description : The impetuous, unruly, fidgety, daring Horse may have thought each found the perfect life partner in the other as they share their feisty approach to life, escapades and travels. The courtship is the byword of romance, fantastically breathtaking. But, after the honeymoon and confronted with the harsh realities of the everyday life, their relationship begins to flounder and flail. Neither wants to be accountable for the failing relationship.



November


Has lots of extraordinary ideas. Difficult to fathom. Think forward. Unique. Brilliant. Sharp thinking. Fine, strong clairvoyance. make good doctors. Dynamic. Secretive. Inquisitive. Know how to dig secrets. Always thinking. Less talkative. amiable. Brave. generous. Patient. Stubborn. hardhearted. Determined. Never quit. Hardly become angry unless provoked. Love to be alone. Think differently. Sharp-minded. Motivate self. Doesn't appreciate praises. High-spirited. Well-built, tough. Deep love, emotions. Romantic. Uncertain in relationships. Homely. Hardworking. High abilities. Trustworthy. Honest. Keeps secrets. Cant control emotions. Unpredictable.

Friday, July 3, 2009

KaSiH iTu....

" CinTa iTu pEraSaaN Yang MesTi Ada PaDa tiAp-tiAp DiRi ManuSia, ia LakSanA SetiTis eMbuN yanG tUrUn dAri LaNGit, bERsiH & sUci..CumA TanAhnYaLah Yang BerLainan menErimAnyA..JikA ia JatUh kE tAnaH yaNG tAnduS, tuMbUhLAh oLeH keraNa eMbuN iTu KedurJaNaan, keDusTaan, peNipU, LangKah sEronG & PerKara-PerkaRA LaiN yanG terCeLa..tEtApi jiKa ia JatuH kePada Tanah yaNg SubUr, Di Sana aKan tumBuh kesUciaN Hati,KeikHLasaN,SetiA Budi pEkeRti Yang Tinggi dAn Lain-Lain pEranGai Yang tErpuJi..."-HAMKA


"BinaLah KasiH sAyanG sEsaMa inSan Demi KaSih Sayang Tuhan"

"Hidup tiDak SeLaLunya inDah,tp yaNg iNdah iTu tEtaP Hidup DaLam kEnanGan"

Saturday, May 30, 2009

iBu & aYah.....


Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.

Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.

Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita.

Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.

Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa.Hakikat ini perlulah kita insafi.Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu,kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.

Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka.Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."

Monday, May 25, 2009

KaMu AdaLaH pEmimPin!


Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar. Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saidina Umar. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

Pengajaran:


*~Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad saw. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan kita.
*~Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
*~Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.
*~Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.
Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.
*~Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.
Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.
*~Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.
*~Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Friday, May 22, 2009

Al-QurAn PenYemBuh PenyaKit



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinanNya jua dapat kita berjumpa di alam siber - satu alam zahir yang hanya transparent (zahir) bagi pemilik internet. Rencana atau santapan rohani ini insyallah boleh dijadikan sumber rawatan di tengah-tengah kesakitan rohani yang dialami oleh umat dewasa ini.

Isi kandungan santapan rohani ini bukanlah berdasarkan pendapat sendiri malahan telah dipetik dari pelbagai sumber termasuk Al-Quran, Hadith serta kita-kitab ulamak serta petikan kuliyah. Dalam Islam sebenarnya sudah tercerna lengkap dengan pelbagai rumusan dan cara rawatan bagi mengatasi masalah kegawatan jiwa dan sebagainya. Ini tidak didapati dalam agama-agama lain yang sibuk bertungkus lumus mencipta teori dan ism untuk mengubat jiwa seperti kaedah yoga, menelan pil, dadah, menonton wayang/tv/video, berkreasi di hutan lipur, memanjat gunung, mengadakan konsert dan pelbagai aktiviti rakan dsb; padahal itu hanya menyesat dan menambahkan kerosakan jiwa yang lebih gawat.

Jalan keluar bagi semua kekalutan ini ialah melalui Islam yang syumul dan lengkap dari awal hingga akhir dunia. Nabi Muhammad saw sudah menggariskan mereka yang berpegang dengan 2 pusaka yang ditinggalkannya tidak akan sesat selama-lamanya. Kedua-dua sumber itu ialah Al-Quran dan Hadith.

Jelas, bahawa Al-Quranulkarim adalah alat penyembuh dan pencuci roh teragung yang mampu menggilap semula jiwa manusia untuk kembali ke jalan lurus yang diredhai Allah. Inilah ubat yang hampir pupus dan dilupakan oleh masyarakat moden hari ini sehingga mereka mencari ubat-ubat lain yang bukan menjadi penawar malah menghancurkan kemanusiaan itu sendiri. Ubat yang dijumpai adalah racun pada hakikatnya.

Santapan rohani ini akan memfokuskan tentang perlunya kita supaya bermuzakarah dengan Al-Quran sehingga tilawah Al-Quran menjadi budaya yang mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya.


Kepentingan Al-Quran:

-"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
-"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." -Hadith
-"Ahli Quran ialah Ahlullah"
"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud
-"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
-"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah


Zaman ini, hati manusia sentiasa terdedah dengan kekotoran disebabkan maksiat yang dilakukan. Setiap maksiat membawa kepada dosa dan setiap dosa akan menambah setompok titik hitam di dalam hati nurani dan menjadikan ia gelap hingga sukar melihat jalan kebenaran. Apabila tompok-tompok hitam sudah memenuhi sebahagian besar hati, maka yang benar (haq) dilihat sebagai salah (batil) dan yang salah (bathil) dipandang sebagai benar (haq). Maka ketika itu kompas hidup sudah tidak berfungsi lagi. Syaitan bermaharajalela menunggang diri membawa ke mana saja yang dihajatinya. Hati kita juga tidak terlepas daripada kekotoran ini dan memerlukan penyucian sebagai persiapan untuk berdepan dengan malaikat Munkar-Nakir dan lebih-lebih lagi hebat semasa berdepan dengan Allah Rabbul-Jalil di hari kiamat nanti. Salah satu cara menyuci hati ialah dengan membaca Al-Quran.


Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 Juz Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan. Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran. Ternyata strategi mereka mengena. Akhir-akhir ini kita lihat umat Islam dilekakan dengan TV, radio, komputer, tayangan gambar, majalah hiburan dan sebagainya. Umat Islam semakin renggang dengan Al-Quran. Akhbar harian menjadi ketagihan. Mereka mampu membaca akhbar dari kulit ke kulit dua hingga tiga kali sehari tapi tidak mampu membaca walaupun sehelai atau satu ayat daripada Al-Quran. Mereka mampu duduk berjam-jam di depan set TV tapi tak mampu menghadap tok guru mengajar Al-Quran. Inilah penyakit masyarakat Islam hari ini.


Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Kalau tidak mampu membaca huruf Jawi, perlulah terlebih dulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini yang bukan saja buta Al-Quran tetapi buta huruf Jawi yang menjadi perantaraan Al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Jawi tapi malangnya sejak di'haram'kan pendidikan jawi di sekolah oleh seorang 'talibarut' musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kita-kitab lama yang bertulisan Jawi. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Jawi, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi.


Ada beberapa perkara yang harus diperhati semasa membaca Al-Quran. Di antaranya:


*suci dari hadas (besar atau kecil)
*duduk menghadap kiblat
*dibaca dengan tertib, tartil dan bertajwid
*memelihara hak-hak ayat
*disunatkan menangis semasa membaca terutama apabila sampai ayat ancaman dan amaran
*dinyaringkan supaya sekurang-kurangnya kedengaran oleh dirinya sendiri


Antara amalan-amalan batin yang perlu diperhatikan:


*merasakan keagungan Al-Quran dan memikirkan maknanya satu persatu
*menghadirkan kebesaran Allah di dalam hati
*khusyuk semasa membaca
*fahamkan makna yang dibaca
*berfikiran tenang


Di samping itu, jika dapat jadikan wirid harian/mingguan membaca surah-surah utama seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Dukhan dan sebagainya.


Apa yang istimewa dalam tilawah ialah sungguhpun berulang-ulang kali dibaca ayat-ayatnya, seseorang tidak berasa jemu malahan semakin terasa akan kehebatan dan kelazatannya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Allah. Amat benarlah firman Allah "Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah hatinya menjadi takut gementar dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, bertambahlah keimanannya dan mereka bertawakkal kepada Allah."


Pada peringkat permulaan mungkin agaknya sukar untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran. Sungguhpun begitu jangan pula tinggalkan langsung sesuai dengan kata orang tua-tua 'kalau tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua'. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Insyaallah apabila kelazatan membaca sudah menebal, kemampuan untuk membacanya akan bertambah. Insyallah doa dan hajat kita akan dimakbulkan Allah. Hati akan berjinak-jinak dengan kalimah Allah dan berusaha mendengarnya melalui kaset-kaset atau CD Al-Quran yang terdapat di pasaran. Malahan dalam internet terdapat banyak tapak yang menyediakan ruangan Al-Quran secara audio. Mendengar Al-Quran juga diberikan pahala kerana Nabi saw pernah bersabda "Barangsiapa mendengar suatu ayat dari Kitab Allah (Al-Quran), nescaya ayat itu menjadi nur baginya pada hari kiamat."


Marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita yang berhobikan hiburan dan material semata-mata kepada hobi mendengar dan membaca Al-Quran. Kurangkan masa membaca akhbar dan gantikan masa tersebut dengan membaca Al-Quran. Semoga hendaknya Allah matikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amin.

MaLu itU seParuH dAripaDa iMan!


MALU ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. Begitu sabda Rasulullah 1418 tahun lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.
Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah'
Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangi pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan.
Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita. Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang periksalah diri kita sebelum kita diperiksa.
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia).Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.

CinTa SeJati...


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.


MORAL & IKTIBAR
-Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
-Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti .
-Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
-Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
-Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
-Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

MutiAra KatA


Zun-Nun Al- Misri

~Janganlah engkau membenci terhadap orang yang berbuat dosa. Kerana tidak mengetahui,mungkin sebelum meninggal dinia dia bertaubat kepada Allah dan diterima, maka dia menjadi orang yang tinggi darjatnya.
~Kiralah amal-amalmu sebelum engkau diperhitungkan di hari akhirat kelak.
~Dunia tidak ada gunanya jika menyebabkan seseorang lupa.
Malik Bin Dinar

~Janganlah engkau berteman dengan seseorang, yang sekiranya persahabatan itu tidak dapat menolongmu selepas mati kelak.
~Seseorang bertanyakan kepada Malik bin Dinar :"mengapa anda tidak tidur?" Dia menjawab :"Aku tidak tahu bila turunnya berkat ke atasku.Aku khuatir jika berkat itu turun ketika aku tidur, maka terlepaslah ia daripadaku".
Hasan Al-Basri

~Jangan tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan kepada musuh yang menggangumu, bahkan mereka itu menganggu Allah.
~Seseorang datang mengadu kepada hasa bahawa hatinya telah menjadi keras.Hasan berkata: "Hendaklah engkau selalu menghadiri majlis-majlis zikir dan menyantuni anak-anak yatim.
~Kubur adalah akhirat dunia dan permulaan akhirat.

Tuesday, May 19, 2009

renUngKan..

PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KELIMA.Usah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KEENAM.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KETUJUH.Jika berlaku perselisihan pendapat,bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KELAPAN.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KESEMBILAN.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KESEBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KEDUABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KETIGABELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KEEMPATBELAS.Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELIMABELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KEENAMBELAS.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KETUJUHBELAS.Tersenyumlah ketika menjawab telefon.Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KELAPANBELAS.Ada ketikanya anda perlu bersendirian

sAhaBaT

renungkanlah......
yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

Thursday, April 23, 2009



There's lots of things

With which I'm blessed,

My problems have been few,

But of all, this one's the best:

To have a friend like you.

In times of trouble

Friends will say,

Just ask, I'll help you through it."

But you don't wait for me to ask,

You just get up and do it!

And I can think

of nothing more

That I could wisely do,

Than know a friend,

And be a friend,

And have a friend like you.