BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 15, 2009

keMpen 3K!

tekanan darah
jom kte cek darah jns ape!

suasana di tempat derma darah


Pada 9-11 julai 2009 yang lalu, telah diadakan Program Minggu Bersama Jawatankuasa Perumahan dan Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman C UDM (JPKP KKC) (blok A,B,C,D,E,F,G,H,I) iaitu kempen 3K (KEMPEN KESIHATAN, KEMPEN KEBERSIHAN DAN KEMPEN KEMANUSIAAN)..

Kempen 3K seperti kempen kesihatan diadakan pada 9 Julai 2009. Kempen ini bertempat di perkarangan café asrama baru bermula pada jam 9 pagi sehingga 4 petang. Antara agenda kempen kesihatan ini ialah pemeriksaan kesihatan dan pameran H1N1.
Keesokan harinya telah diadakan kempen kebersihan bertempat di sekitar kolej kediaman C. Antara aktiviti yang diadakan ialah bergotong-royong & membersihkan blok kediaman.
Seterusnya, pada 11 Julai 2009 pula, kempen kemanusiaan telah diadakan di perkarangan café asrama baru bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Antara agenda kempen ini ialah derma darah dan juga pemeriksaan kesihatan.
Sambutan kempen 3K ini telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar yang menetap di kolej kediaman C. Selain itu, antara objektif kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar selain dapat megeratkan silaturahim antara satu sama lain. Tahniah diucapkan kepada JPKP KKC kerana telah berjaya menganjurkan program ini.
p/s...sdeynye x dpt derma drh...






0 comments: